dah lama tak lama-lama

baru lepas tengok gambar2 lama kawan2 aku masa diploma dulu. tambah sikit gambar2 masa aku di bangku sekolah. ntah mana2 kawan2 aku dah pergi. semua dah bawak diri dengan haluan hidup masing2. dulu seronok. seronok sebab bersama. ada kawan2. sekepala, apa2 pun jadi. nak buat jahat ke buat ibadat ke, kegiatan jadi seronok, jadi meriah, jadi kenangan sampai sekarang... teringat masa kat hostel dulu fly dengan hairil(bukan nama sebenar). malam tu tersangatlah bosan tanpa aktiviti di hostel membuatkan kami membuat keputusan untuk memanjat pagar hostel untuk ke bukit jalil. tingkap pecah kat stor beg hostel lelaki jadi pintu keluar kami walaupun saiz tak sebesar pintu peti sejuk kat rumah aku. lagi kecik. hairil dapat meloloskan diri tanpa masalah. tapi bila turn aku, ntah kenapa satu kaki je yang dapat aku dapat lepaskan, lagi sebelah tersangkut.. masa2 genting macam tu pulak kaki aku boleh krem.. aku panik.. rasa macam putus asa pulak, tapi hairil kat luar pagar dah tergelak terbahak2 tengok aksi badut bermain2 di lubang tingkap.. aku ambik nafas panjang, cuba tenangkan kegabraan aku,  cuba praktikkan balik apa yang pernah aku belajar masa pergi kursus motivasi dulu.. akhirnya aku berjaya menarik kaki yang dari tadi mengeras dek perasaan panik yang tiba2.. jejak je kaki aku di luar pagar, hairil pegang bahu bersandang sambil menambah masa hiburan dia mentertawakan aku. aku senyum tapi dalam hati rasa lega yang teramat sangat sebab dapat lepaskan diri.. walaupun terang dalam hati, aktiviti outdoor yang aku buat ni memang salah di sisi peraturan hostel tapi boring beb lepak hostel...... korang paham kan? kan?
kat hostel aku dulu fly ni dah biasa jadi aktiviti riadah pelajar lelaki. ye la hormon tengah membuak2 nak mencabar kelelakian... semua benda yang tak elok tu lah yang jadi kebanggan.. biar lah sampai warden panggil mak bapak datang sebab anak dah macam anak monyet, ada je benda bukan2 yang dibuat. aku teringat kat abe rukh (bukan nama sebenar), hero fly badge kami, berperangai agak pelik ala2 shah rukh khan (self proclaimed). beliau pemegang rekod terpantas keluar dan balik fly dan beliau dapat menamatkan penerbangan beliau dengan rokok di tangan dan memakai kain pelikat tanpa ditangkap warden mahupun guard asrama. beliau hebat!!
 aku secara amnya memang tergolong dalam kumpulan gagak berantai ni, membuatkan mak bapak aku lagi lah pening kepala nak melayan kerenah aku. tapi masa ni lah aku seronok sangat hidup dengan kawan2. zaman monyet aku. sangat seronok. walaupun dari mata orang lain, aku banyak merisaukan dan menyusahkan mak bapak serta warden tersayang aku, andro...
bila dah start masuk universiti, aku ingat dah jadi boring. tapi bila aku dah kenal kawan2 kelas aku, hidup aku jadi semakin seronok. semakin berperisa. setiap kali ada masa terluang, kami bersama.. selalunya memang aiman (bukan nama sebenar) yang jadi pengatur majlis, terjerit2 lepas kelas mengajak2 rakan2 lain melepak minum di mamak. 3,4 bijik kereta, 4,5 bijik motor, 2,3 meja.. duduk sama2 lepas kelas dengan mulut tak lekang bercerita. macam2 jadi topik perbualan, sampai terjebak ke sesi kutuk mengutuk.. makan setakat roti canai kosong dengan  teh tarik tapi kami duduk berjam2. berbual2. seronok.
bukan takat tu je, setakat air terjun kat ulu langat tu, aku rasa semua kami dah jajah.. sampai ke kolam air panas, semua kami dah tawan.. pergi ramai2 walaupun kadang2 air sungai yang bertakung tu tak sampai paras peha pun tapi sebab dah pergi ramai2 kan? jalan je.... akar pokok menjalar pun jadi tali tarzan, berendam badan buat2 macam dalam sangat, berguling2 badan dalam air semata2 nak selamatkan kamera, kentut dalam air, belajar berenang dengan pakar renang yang tak ada sijil, makan bihun tepi sungai sambil terketar2 kesejukan.. semua memori yang tak ternilai bagi aku.
kami dah lama tak berhimpun ramai2 macam dulu. banyak kali juga, aku pergi makan di luar, ternampak meja panjang disambung, berceratuk kepala manusia yang mengelilingi meja tu. meriah dengan bunyi suara, lebat dengan ketawa, tapi aku dari satu sudut bersendirian, mengenangkan apa yang ada di depan mata aku ketika itu  telah menjadi kenangan manis dalam hidup aku. terima kasih kawan2... .. .